Thursday, August 27, 2009

**berhari raya..**

*pergghhhh...*

lama giler rasanya dah tak update blog ni..mgkn sbb skrg dah jarang online n tak sempat ler nak berblogging ni..tapi aku suka baca org punya blog..
by the way..apa2 pun aku dah selamat berpindah secara total ke Kota Kinabalu, Sabah awal bulan Ogos yg lepas. Sepatutnya aku tender ngan company lama smpi hari ni..tapi disebabkan masalah kesihatan yg aku alami awal bulan lalu..terpaksalah diawalkan smpi pergi ke rumah bos nak cakap pasal kena habiskan tender awal.

Skrg dahpun masuk bulan Ramadhan..Insyallah lebaran tahun ni aku nak beraya di Johor plak sbb dah lama sgt rasanya tak berhari raya di sana..Kesian mak ngan ayah..dah 3 tahun raya pertama kakak takder kat sana..kalo smpi Semencu pun dah hari raya seminggu or dua mggu. Dah lama sgt juga rasanya aku tak makan ketupat ngan kuah kacang, sayur lodeh+ayam masak kurma kesukaan ayah+lauk kari cik ani jiran sebelah rumah+ayam masak merah kesukaan semua adik beradik..mudah2an semoga lebaran tahun ni aku dapat merasai semua masakan mak tu..

Macam tu jugak dgn persiapan hari raya di penghujung puasa tu..kemas rumah..cuci anjung rumah, lap tingkap rumah, cuci bilik air n byk lagilah..

Eh eh..puasa baru 6 hari dah pikir pasal makan2 plak..yg penting semoga Ramadhan kali ini semua kerja yg aku lakukan demi suami,anak2,mak ayah dan mertua dirahmati dan diberkati Allah..Segala kesalahan dan kesilapan,terlanjur kata yg aku lakukan pada semua org aku mohon ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.. ternyata semuanya itu tidak aku sengajakan sbb dari zaman universiti aku dah stop bergosip..tapi Allah lebih mengetahui kalo masih ada bahan2 gosip yg keluar dari mulut aku ni..

anyway..barang2+perabot rumah di KL semuanya siap utk diloadingkan ke lori mlm ni sbb half nak hntr balik kg..

Selamat Menikmati dan Menghayati bulan Ramadhan kepada semua.