Saturday, October 24, 2009

**Pergi Kebun**

Hari ni adalah hari utk turn aku dan suami ke kebun utk meninjau pokok2 manggis dan durian yang sedang masak ranum dan menunggu masa utk dipetik..durian dah gugur tinggal kutip saja..Jadi jam 7 aku dah bersiap-siap dan suami plak ambil turn hujung mggu mandikan dan pakaikan anak2 sebelum kami jalan ke Ranau (tempat dimana dusun terletak)..Jam 9.00 kami ready utk gerak tapi aku tak yakin boleh panjat kebun tu dgn chevrolet wagon suamiku..sbb jalan ke Ranau tu berbukit apatah lagi nak menuju ke kebun. Jadi bapak mertuaku bagi pinjam kereta 4WD nyer supaya senang jugk utk bawak berkarung2 buah manggis dan durian utk dibawa turun.

Kami smpi sana dah jam 12.30. Sepupu dan my MIL pekerja dah dapat kumpul 7 karung manggis dan beberapa karung durian. Husband tak makan durian tapi dia suka manggis. Dia memang tak boleh bau durian pun. Aku jer yang suka makan durian. Manggis pun aku suka juga. Aku dan suami sempat menolong hanya 2 jam jer sbb sepupu dan yang lain pun dah bersiap nak pulang, tambahan lagi nmpk hair mcm nak hujan. Dgn membawa perut yang berusia hampir 6 bulan tak banyak yang mampu aku buat sbb semuanya berat2. Guni2 tu dah naik sumer atas kereta. Aku suka ke Ranau sbb pasti akan melalui pekan Kundasang( kaki G. Kinabalu) lebih sejuk dari Genting or even Cameron Highlands.

Tapi balik dari Ranau, perut aku jadi sakit, mungkin sbb makan durian banyak. Jadi esok tiada rancangan lagi untuk pergi ke mana. Mggu lepas aku dah bawak anak2 ke Zoo Lok Kawi. Sebelum aku hantr Zulakha ke sekolah aku nak explore dia pada jenis2 haiwan. Alhamdulillah nmpknya dia cepat igt dan skang byk haiwan yang dia recognize siap dgn bunyi lagi..Mudah-mudahan diterangkan hatinya supaya dia cepat menerima ilmu..Amin..

Thursday, October 1, 2009

*REAPPLY BARU*

Salam semua dan selamat pagi,
Pagi ni smpi ofis terus update blog dulu sbb blom ada yang smpi lagi. Lepas hntr suami ke kereta utk pergi kerja, aku terus bersiap utk kerja. Khadeja seperti biasa, seawal jam 6.15 dia dah bgn. Sementara Zulakha lately aku dah jalan kerja pun dia masih blom bangun.
Waktu nak ke kamar mandi Khadeja aku bagi minum susu supaya dia tak menangis tgk aku takder.

Hari ni aku nak menguruskan urusan application utk kemasukan postgraduate bulan Januari di UMS. Semalam dah isi application form, so hari ni menfotostat semua dokumen transkrip,skrol dan sijil. Satu jer yang tak dapat nak buat hari ni, Reference Form sbb aku kena pergi jumpa lecturer yang mengajar di UKM dulu untuk membuat penilaian terhadap pencapaian akademik waktu undergraduate dulu.
Aku ambil 2 form satu utk research dan satu lagi utk coursework. Actually aku dah smbung master di UPM bulan Julai lepas. Tapi terpaksa forfeited sbb husband pindah ke UMS, nak transfer kdt tak boleh sbb UMS takder offer subject yang aku amik by coursework, yang ada cuma research. Maka kalo aku nak amik major yg sama mcm UPM dulu aku kena buat research. Utk coursework hanya ada 2 course yang aku kurang berminat. Macam mana yer..difikirkan buat coursework lebih mudah utk aku sbb just attend kelas,assignment n ambil exam. Utk research plak buat bukulah but still kena attend kelas sikit. Waktu buat thesis dulu dah rasa mcm tiring. Itu sikit jer tu, biasa2 jer n lecturer pun tak strict sgt. Aku bukan apa, dgn 2 anak kecil masuk 3, boleh ker aku buat yer? Utk coursework Insyaallah tiada masalah.

Takpelah, aku apply jer dua2, ambil yang termampu. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Utk reference form aku mintak hubby tolong pas pada lecturer UKM aku dulu sbb dia turun KL next week ada meeting. My purpose utk upgrade education level, be an academician mana tau boleh smbung oversea plak under scholar. HUHU..takper..takper tak salah simpan cita-cita. Niat baik kerana Allah.

Berhenti di sini dulu..Assalamualaikum. WBT