Thursday, July 30, 2009

rasanya dah lama sgt aku tak update blog ni..first tak tau apa nak update, second mcm yg aku pernah cakap dulu waktu zaman sekolah adalah beli buku diari tapi kosong takder isi pape pun..

25 Julai 2009 (Sabtu) - Hari ulangtahun aku yg ke-26. Aku buat sedikit jamuan kesyukuran utk rakan sepejabat dgn menjamu minum petang. Bos pun malu asyik staf jer yg belanja, takper 5hb 8 ni bos punye besday semua staf dah request kek secret recipe satu. Hubby tak janji dapat dtg sbb dia ada appoinment kat Bangsar. Bangsar ke Bangi pun jauh gak..tak campur jam lagikkss.Tgh makan2 tu muncul seorang yg sgt2 kukenali luar dan dalam membawa sebiji kek. Secret recipe tak dapatlah sbb blom gaji..hehe. Hubby ku . And actually sekali dgn meraikan anniversary yg ke-3, sekejap jer dah 3 tahun kami kahwin. Kupanjatkan kesyukuran kepada-Mu yg Allah kerana dikurniakan suami yg begitu baik dan 2 anak2 yang comel dan cerdik. Masyaallah.

Satu minggu sebelum ulangtahun aku tu, satu peristiwa telah berlaku dlm kehidupan aku suami dan isteri. Baru aku sedar kesilapan yg telah aku lakukan. Aku kurang beri perhatian pada suami aku selepas melahirkan anak kedua. Aku jadi cepat marah, hubby pun cepat marah jgk tapi masing2 nak menang. Selama ni aku sedar jgk tapi tak nak mengakui. Peristiwa tu benar2 menyakitkan hati aku sebenarnya tapi ada reason knp hubby buat mcm tu. Tapi banyak hikmah yg berlaku selepas peristiwa tu. Aku muhasabah diri sendiri, lebih penyabar dan kehidupan kami kembali seperti awal2 kahwin. Erhmm..sungguh bahagia rasanya aku skrg. Terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku sebelum terlewat. Kepada isteri2 di luar sana, jglah suami dgn sebaiknya, bergaduh suami isteri adalah asam garam tapi jgn keterlaluan.

Skang my life is better than before, 3hb ni hubby kena balik KK keje kat UMS. Aku plak kena bg notis dulu satu bulan br boleh follow. Master program kat UPM kena mintak transfer ke UMS. Hopefully semuanya berjalan dgn lancar. Bos aku pulak mesti sedih n pening sbb KENA CARI ORG BARU LAGIKSS..sian boss aku yg baik hati tu..

oklah..nak sambung kerja..assalamualaikum..

Thursday, July 16, 2009

*PPSMI*

..blurrr...

Semalam hari kedua aku attend kelas.Hari Selasa lepas kelas Macro, semalam plak kelas Math.Yang menjadi masalah aku mggu pertama kelas ni ada penggunaan bahasa pengantar ketika kelas. Masa undergrad kat UKM dulu semua lecturer pakai BM,malah lecture notes pun BM,text book pun BM sbb pakai buku lecturer sendiri yang mereka publish kat universiti. Tiba kat UPM ni of courselah kena pakai english.Lecturer bercakap english, lecture notes pun english,text book of courselah english. Kenapa menjadi masalah pada aku yer..

1) Waktu di UKM dulu kalo belajar Macro,bahasa ekonominya keluk. Di UPM plak dah jadi curve. Kalo subjek Math plak penggunaan seperti 'set of coefficients', 'variables',dan jgk 'constant terms', semuanya perlu diterjemahkan semula ke Bahasa Melayu supaya aku faham apakah ayat2 tersebut masa aku belajar di UKM dulu.

2) Kalo presentation dlm english mungkin takder masalah sgt, tapi kalo dah tiba bab writing mungkin masalah sikitlah kot sbb english aku pun bukannyer bagus sgt..lebih2 lagi bila lepas habis sekolah mmg jarang sgtlah aku mengarang dlm B. Inggeris.

Tapi nasib baiklah semalam punya kelas tu cuma mcm revision ms undergrad dulu. Jadi takderlah aku tercungap2 nak memahamkan apa yg diajar gara2 penggunaan B.Inggeris tu.
Apa yg aku nak kaitkan antara PPSMI dgn cerita aku ni..Sesetengah org mungkin tak setuju PPSMI itu dimansuhkan, ada jgk yg setuju. Tapi aku setuju sbb waktu penggunaan B.I. dalam Sains dan Math, kualiti pelajar jatuh,gred lulus diturunkan lagi semata2 utk mengurangkan jumlah pelajar yg gagal.Siapa yg taknak percaya itu terpulang. B.I tetap menjadi bahasa kedua selepas B.Melayu.

Kalo ada sesiapa yg mengatakan Jepun dan China boleh maju kerana mereka pandai berbahasa Inggeris itu adalah salah. Sebab berapa peratus rakyat Jepun yg fasih berbahasa Inggeris, malah pelajar2 Jepun yg datang ke rumah aku di Kota Tinggi utk homestay bukannya pandai cakap B.I pun. Nak ckp 'What is your name" pun tgk kertas..Mereka maju sbb mereka buat 'reverse technology'. Cth..mereka beli engine dari US, mereka buka balik engine tersebut dari A-Z, pastu pasang balik.Kalo tgk kereta recon dari Jepun ada ker dorang tulis intruction2 dlm B.I..TIADA.
Semua bahasa Jepun.

My opinion bgs jgk TPM mansuhkan PPSMI. Kembali kepada sistem pelajaran yg asal. Import guru B.I dari luar utk ajar anak2 kita B.I. supaya mereka tak ketinggalan dlm mempelajari B.I. tetapi masih mengekalkan bahasa kita.

Tegak Rumah Kerana Tiang, Tegak Bangsa Kerana BAHASA...

Monday, July 13, 2009

Travelling month

Apa nak cerita yer..byk jgk nak cerita sebenarnya. Ini first time aku buat blog n aku tau nak buat blog ni pun after aku baca my friend..Ima punya blog. For me, blog ni mcm menulis diari n dari zaman sekolah aku tak pernah tulis diari. Pernah jgk cuba2 beli buku diari konon2 nak menulis tapi tak pernah jadi.
June 2009 - travelling and tiring month.

4-8 June - Adik ipar aku yang bongsu kawen. So mintak cuti kerja 3 hari balik KK tolong apa yang patut. Tapi rasanya bila aku balik sumer dah ready. Sedara mara dari Jogja sumer dah sampai sbb aku punya flight mlm lepas kerja. Anak-anak amik tengahari sbb mintak half day nak packing barang yang bersisa lagi tu. aku smpi 3hb mlm, 4hb tu hari nikah malamnya. Adik ipar aku mmg sgtlah cantik lepas kena sentuhan make-up dari nurul shukor yang diterbangkn khas dari KL.






Aku kat belakang tu tgh dukung Zulaykha.

6 June - Majlis bersanding di Kompleks Tabung Haji KK, kat sini tugas aku menyambut tetamu. Khadeja tinggal kat rumah, zulaykha sorang yg ikut dgn sepupu2 dia. Dia suka betul bermain dgn kanak2 yg lebih dewasa mcm anak kakak ipar aku yg di KK n Jakarta. Kenapa ramai betul sedara mara side hubby aku yg dari Jogja n Jakarta? sbbnya my parents in-law mmg pure Indonesian blood. Kiranya aku ni berkahwin dgn org yg berdarah Indonesia.Mcm mana ibu dan bapa mertua aku terus menetap di Sabah smpi skrg? Maybe next episod boleh cerita.







Lila & Harry di Tabung Haji



7 June - Satu majlis lagi utk meraikan semua pekerja my parents in-law di Hotel Hyatt. Tapi takder gmbr sbb dekat sana aku takder amik gmbr dgn camera sendiri.

13 June - Waktu ni buat di KL plak resepsi sebelah lelaki. so our family datang sebagai wakil keluarga perempuan lah.



26-2 July - Tarikh 27 June ni utk majlis di Watukarung, Jogja.Kampung mom in-law, kalo dad in-law kat Soropaten. Kenapa buat kat sana? sbb yg kawen ni anak yg last n penutup, sumer dah kawen.Majlis ni utk saudara mara,sahabat handai dan org kg di sana.Aku plak amik cuti lagi seminggu. Lepas habis majlis sempatlah membeli baju anak2 yg sememangnya murah dan cantik berbanding di KL ni. Satu hari dihabiskan berjalan2 kat candi Borobudur, then pegi plak mini zoo Kyai Langgeng dgn pak mertua bwk anak2 buah sekali. Tapi tak sempat nak pegi Istana Keraton.
11-13July - Company aku mmg dah plan nak buat Family Day di Pulau Redang sbb aku sendiri yg arrange. Jadinya dari awal June smpi awal July travelling sajer. Aku kesian kat anak2,penat...
Hubby pun kesian, driving dari KL smpi Jeti Merang.
14July - Adooii !!! hari ni kene kerja. Tapi i'm still enjoy..