Tuesday, November 17, 2009

***bosan***

kpd kawan-kawan semua..
aku rasa mcm nak close jer blog ni..aku dah malas n bosan berblogging ni..atas sbb2 yang aku pun tak tau..berkocak..marah..geram..sakit hati..ntahla..

hari ni aku rasa marah..aku pun tak tau dari mana 'orang itu' dapat address blog ni..aku tak kisah..aku pun takder intention nak bg ramai2 org baca..sekadar untuk aku bercerita selain dgn suami dan keluarga disini..sekadar untuk aku menceritkan keletah anak2 yang sedang membesar dan keluarga yang menyenangkan..bukan untuk berbangga atau bersedih dgn segala yang ada dan berlaku..

mungkin aku yang keterlaluan..pada 'dia' mungkin nasihat tapi pada aku membawa pengaruh buruk dlm hubungan aku..aku marah tapi hanya dlm hati dan aku ceritakan pada suami..pada kepada kawan2 yang membaca blog aku, kalo korang rasa ada yang keterlaluan dan tak sepatutnya aku cerita kat sini..juz give me a comment ..
Aku rasa tak perlu nak selindung2 kalo nak bagi org terasa..ckp terus terang ajer..kepada org yang makan cili padi, cili paprik, cili merah dan hijau..biarlah dia tahu aku yang bagi cili tu..kalo ada orang yang terasa ditusuk panah biarlah dia tau aku yang menusuk panah itu..kalo nak tegur..direct to me juz what like my mom did. ITU LEBIH BAGUS !!
Daripada aku bermasam muka dengan orang yang aku sayang..(**crying**)...

Monday, November 16, 2009

Planning

zulaykha : ma..dog..woo..woo..(dog's sound), bye bye dog !! (setelah naik ke kereta, jiran rumah
bela anjing..)
ma..cat..meow..meow..
ma..horse..uhh uhh..(horse's sound) tak tau macam mana nak taip bunyi dia...bye
bye horse..(setelah kereta semakin jauh pergi meninggalkan horse )
ma..aeroplane..bye bye aeroplane (setelah aeroplane semakin hilang dari
pandangan)

sebahagian dari vocab binatang2 dan benda2 yang dipelajari everytime mama papa bawa jalan2 (sbb jalan keluar dari rumah ni akan nmpk horse,dog, aeroplane dan byk lagi binatang..org sini pelihara mcm2)..jadinya my planning next year hantar zulaykha ke school..since my due pun is on february n dia pun semakin petah bercakap..kalo tak hntr sume anak2 kat rumah tak tau lah maid ni pandai handle ke tidak..my planning also nnti my youngest baby akan ku bawa sekali ke office (tak berani nak tinggalkan kat rumah dgn maid i tuhh).

Khadeja : tatak = kakak
mama
papa
lillo = helo
u..uuu.uuuukkkk !!! = chicken's sound ( ikut kakak yang every morning sblm mama n papa bangun tido, dia akan berdiri kat tingkap bilik sambil tgk chicken kat bawah untuk mengejutkan jiran sebelah rumah bgn jgk..(my kids bangun lebih awal dari mama n papa).

Eja juga dalam proses untuk bercakap..jadi mama, papa, nenek, atuk, cousin dan para maid pun asyik bercakap jek..biarlah dia bercakap di rumah dulu..Tapi sayang..mama dapat smpi rumah hanya selepas jam 6.30 je..sbb mama kena tggu papa amik..6.30 tu pun dah lewat sbb kat sini da maghrib..my kids jam 9 dah tido..so hanya dapat spend few hours jer dgn derang lepas balik kerja.

3rd baby : now 25th week is moving dlm perut..mama pun tak sabar nak tggu Elya keluar
( tak tau pun boy ke gurl tapi aku suka nama tu..letak jer dulu kat sini..papa nak nama lain..)sbb mama dah start semput even perut tak besar sgt pun..br skang pun baru around 54 kgs..huhu..jahatnya mama ni..tak sabar nk soh keluar bkn sbb nak tgk baby tapi sebab semput..

hubby : papa, skang eja ngan zulaykha bgn mlm, mama yang berjaga..tapi nnti next year mama nak berjaga utk yang kecik jer..eja ngan zulaykha papa handle yer. kalo mama handle sume merah2 mata mama nnti tak cukup tido..
(skang papa tgh mengelat sbb dia tak bgn mlm pun..kui kui)


Saturday, October 24, 2009

**Pergi Kebun**

Hari ni adalah hari utk turn aku dan suami ke kebun utk meninjau pokok2 manggis dan durian yang sedang masak ranum dan menunggu masa utk dipetik..durian dah gugur tinggal kutip saja..Jadi jam 7 aku dah bersiap-siap dan suami plak ambil turn hujung mggu mandikan dan pakaikan anak2 sebelum kami jalan ke Ranau (tempat dimana dusun terletak)..Jam 9.00 kami ready utk gerak tapi aku tak yakin boleh panjat kebun tu dgn chevrolet wagon suamiku..sbb jalan ke Ranau tu berbukit apatah lagi nak menuju ke kebun. Jadi bapak mertuaku bagi pinjam kereta 4WD nyer supaya senang jugk utk bawak berkarung2 buah manggis dan durian utk dibawa turun.

Kami smpi sana dah jam 12.30. Sepupu dan my MIL pekerja dah dapat kumpul 7 karung manggis dan beberapa karung durian. Husband tak makan durian tapi dia suka manggis. Dia memang tak boleh bau durian pun. Aku jer yang suka makan durian. Manggis pun aku suka juga. Aku dan suami sempat menolong hanya 2 jam jer sbb sepupu dan yang lain pun dah bersiap nak pulang, tambahan lagi nmpk hair mcm nak hujan. Dgn membawa perut yang berusia hampir 6 bulan tak banyak yang mampu aku buat sbb semuanya berat2. Guni2 tu dah naik sumer atas kereta. Aku suka ke Ranau sbb pasti akan melalui pekan Kundasang( kaki G. Kinabalu) lebih sejuk dari Genting or even Cameron Highlands.

Tapi balik dari Ranau, perut aku jadi sakit, mungkin sbb makan durian banyak. Jadi esok tiada rancangan lagi untuk pergi ke mana. Mggu lepas aku dah bawak anak2 ke Zoo Lok Kawi. Sebelum aku hantr Zulakha ke sekolah aku nak explore dia pada jenis2 haiwan. Alhamdulillah nmpknya dia cepat igt dan skang byk haiwan yang dia recognize siap dgn bunyi lagi..Mudah-mudahan diterangkan hatinya supaya dia cepat menerima ilmu..Amin..

Thursday, October 1, 2009

*REAPPLY BARU*

Salam semua dan selamat pagi,
Pagi ni smpi ofis terus update blog dulu sbb blom ada yang smpi lagi. Lepas hntr suami ke kereta utk pergi kerja, aku terus bersiap utk kerja. Khadeja seperti biasa, seawal jam 6.15 dia dah bgn. Sementara Zulakha lately aku dah jalan kerja pun dia masih blom bangun.
Waktu nak ke kamar mandi Khadeja aku bagi minum susu supaya dia tak menangis tgk aku takder.

Hari ni aku nak menguruskan urusan application utk kemasukan postgraduate bulan Januari di UMS. Semalam dah isi application form, so hari ni menfotostat semua dokumen transkrip,skrol dan sijil. Satu jer yang tak dapat nak buat hari ni, Reference Form sbb aku kena pergi jumpa lecturer yang mengajar di UKM dulu untuk membuat penilaian terhadap pencapaian akademik waktu undergraduate dulu.
Aku ambil 2 form satu utk research dan satu lagi utk coursework. Actually aku dah smbung master di UPM bulan Julai lepas. Tapi terpaksa forfeited sbb husband pindah ke UMS, nak transfer kdt tak boleh sbb UMS takder offer subject yang aku amik by coursework, yang ada cuma research. Maka kalo aku nak amik major yg sama mcm UPM dulu aku kena buat research. Utk coursework hanya ada 2 course yang aku kurang berminat. Macam mana yer..difikirkan buat coursework lebih mudah utk aku sbb just attend kelas,assignment n ambil exam. Utk research plak buat bukulah but still kena attend kelas sikit. Waktu buat thesis dulu dah rasa mcm tiring. Itu sikit jer tu, biasa2 jer n lecturer pun tak strict sgt. Aku bukan apa, dgn 2 anak kecil masuk 3, boleh ker aku buat yer? Utk coursework Insyaallah tiada masalah.

Takpelah, aku apply jer dua2, ambil yang termampu. Mudah-mudahan dipermudahkan Allah. Utk reference form aku mintak hubby tolong pas pada lecturer UKM aku dulu sbb dia turun KL next week ada meeting. My purpose utk upgrade education level, be an academician mana tau boleh smbung oversea plak under scholar. HUHU..takper..takper tak salah simpan cita-cita. Niat baik kerana Allah.

Berhenti di sini dulu..Assalamualaikum. WBT

Wednesday, September 30, 2009

hati yang panas or emosi or sensitif ??

Malam tadi aku tidur lewat jam 3.00 pagi baru tidur, melayankan perasaan yang tak tau nak cakap marah ker atau sensifif sgt ker atau layan emosi yang tak betul. Aku balik kerja hari2 biasa tggu hubby ambil di ofis, biasanya dia sampai ofis dalam jam 6.30, kat KK dah maghrib dah tu. sebab dia habis kerja pun dah jam 5, campur jam yang teruk lagi. Sebelum balik dah ckp dgn hubby nak masak kat rumah n makan sama2. Memang selalunya kami makan bersama tapi di restoran. Lagipun sejak balik dari Johor aku blom lagi memasak sendiri di rumah sbb di Johor sepanjang hari raya aku mmg tak masak, setakat tolong2 jer, yang masak kakak ipar dgn mak. Suddenly bila dia dah nak smpi ofis dia cakap nak main futsal plak jam 7. Nevermind kalo futsal jam 7-8 aku assume dia smpi rumah dalam jam 9 plus dia minum ngan kawan2 lepas berfutsal.
Then aku pun masak ayam balado masakan orang Indonesia yang memang sedap rasanya kalo mak mertua aku yang masak. aku punya tangan tak original jadi rasanya ada lain2 sikit. Siap memasak pegi bilik tgk anak2. Kebetulan kakak ipar yang duduk satu rumah baru balik dari cuti berhari raya di Ipoh bersama anak2nya.
Maklumlah kalo dah ada ramai sepupu sepapat, mulalah bermain bersama, bergaduh, yang kadang2 membuatkan aku stress sbbnya anak aku tak boleh kena usik..nnti dia menjerit dan cengeng sikit. Itu yang buat pening. Jam dah 8.30, aku cuci muka Zulaykha dan salin pakaian tidur. Biasanya dia jam 9.30 dah tidur. Khadeja mcm biasa bila nmpk aku terus nak mintak ambil. skrg dah nak berjalan jadi dia suka berpaut pada aku punya kaki. Yang kakak nak berdukung. dah terbalik patutnya adik yang kena dukung. Aku call hubby tanya dah habis ke belum. Dia ckp dah habis, ok tak kisah sbb nak pegi minum lagi. Waktu tu baru pukul 8.30. Aku tggu smpi jam 9.45..call lagi tak dapat sbbnya aku dah lapar. Boleh jer kalo nak makan dulu tapi sbb dah ckp nak makan sama2 kan aku tggu smpi dia balik. Satu masalah aku yang dari dulu rasanya sama, takboleh lapar..kalo tak aku jadi cepat marah. Perut kena ada isi selalu, lagi satu aku bukan sorang..2 orang..bertambah lah lapar..Pregnancy kali ni aku mmg cepat lapar. Call lagi tak berjawab, aku dah hilang selera nak makan, darah pulak yang naik.
Bila hubby smpi rumah dalam jam 10, aku mmg dah tak tegur, skang time nak tidokan anak2 jer. Aku hanya mendiamkan diri tanda tak puas hati. Anak2 dapat tidur smpilah jam 11.00

Dgn perut yang lapar aku mengomel tanda marah pada suami. Bila turun nak makan suddenly lauk yang aku masak dah habis. Kadang2 rasa tidak di appreciate time kita masak time tu jugak dia sibuk nak keluar. Kalo urusan kerja aku tak kisah, tapi ini cuma bermain futsal dgn kawan2. Boleh balik awal, tapi my hubby boleh salahkan aku pulak. Ckp 'siapa suruh tunggu, saya tak suruh awak tnggu, awak yang nak tunggu. Kalo dah nak tunggu saya balik pukul 12 pun jgn lah nak marah.' Kalo aku tau dia balik lmbt aku takkan tggu, bgtau makn jerlah dulu, saya balik lmbt.
Smpi jam 2 pagi aku melayan perasaan marah. Hubby pun bukan nak pujuk, dia plak nak marah balik. Kadang2 aku rasa dia mcm tak boleh nak memahami perasaan org tgh mengandung. Ntahlah..tak boleh nak cakap apa. air mata dah jatuh tapi masih tak ada pelukan memujuk or anything. Rasa sakit hati yang amat sangat bila diperlakukan mcm tu.
Aku yang terlalu mintak perhatian or terlalu sensitif..atau aku memang pemarah..don't know

Wednesday, September 16, 2009

My Birthday Girl

Salam semua,
Pagi ni ikut my lappy time, jam 2.13 am, baru sahaja tadi menyambut hari lahir yang ke-2 tahun anak ku yang sulung,16 September, hari penubuhan Malaysia . Bersama2 parents mertua, adik ipar, niece n nephew dari Jakarta. Actually sebenarnya my mom-in law nak sambut birthday bpk mertua yg jatuhnya pada 21 September nnti. Tapi disebabkan tarikh tu jatuh hari raya kedua n kebetulan semua anak2 balik beraya rumah mertua so sambut awal sekali dgn anak ku. Simple jer, setakat makan beramai2 di tepi laut bandar KK. takder kek takder apa. Patutnya smbut awal sikit tapi sebab tadi berbuka dulu di Konsulat Indonesia sekali berterawih, itu yang lmbt jam 11 baru selesai.

Waktu Zulaykha lahir dulu baru 5 ramadhan..masih teringat lagi waktu melahirkan dia. Sgt senang dan mudah. Zulaykha lahir di Sabah. Khadeja di KL senang jgk..Kalo Zulaykha dulu, terasa nak melahirkan masa tu aku tolong2 di restoran. Bulan puasa..dlm jam 4.30 masih kurang org.. setakat non-muslim dgn org beli kuih. Contraction dtg dulu, 2 minit sakit, 2 minit sakit. Masa tu anak pertama tak tau mcm mana sakit nak melahirkan tu. Aku pn ckp kat mbak2 kat kedai tu aku rasa sakit. Hubby plak tiada sbb sibuk mencari burung merpati kat Bazar Ramadhan. Aku pegi toilet tgk ada darah sikit. Diaorang ckp kalo mcm tu mmg nak bersalin. Telefn hubby ckp kena pergi hospital skrg jgk. Smpi hospital nurse check dah buka 8 cm. Kebetulan plak hari Ahad. 16 September lah..mmg cuti am utk Sabah dan Sarawak. Isnin pun cuti jgk. TApi doktor tinggal berdekatan tiada masalah lah. Nurse pecahkan air ketuban, then tggu doktor di labour room. Sakit contraction jgn ckplah..tapi 15 minit Zulaykha selamat dilahirkan dgn berat 3.46kg.

Khadeja pun senang jgk, waktu kandungan usia 34 mggu aku fly ker Jogja sebab beraya di sana satu mggu, smpi KL kandungan dah 35 mggu. Seminggu selepas itu aku planning nak beraya rumah makcik n sepupu yg ada di KL. Tapi tak jadi beraya sebab bila call semua takder rumah, jadi aku n hubby bertukar tempat pegi plak ke mid valley. Untuk Zulaykha kami sewa stroller mid valley sbb penat nak dukung2. baru beberapa minit jalan aku rasa mcm kain yang aku pakai berair..rasa mcm org period. Pegi toilet tgk takder darah, takkan aku terkencing kot. Keluar toilet igt dah ok..tapi tak boleh control..aku tak tau kalo air ketuban pecah waktu tu.. masih lagi berjalan2..lama2 keluar makin byk..ckp kat hubby rasa lain mcm, malu nak jalan2 kalo kain basah. Aku ckp lagi kat dia "ntah2 air ketuban dah pecah". Aku mintak hubby pulang balik stroller tu then terus pegi hospital besalin. Waktu brjalan meuju ke kereta..air ketuban turun mmg tak boleh handle.
Smpi sana hujan gerimis, lepas register tggu kat labour room doktor check baru 4 cm, air tetap turun. Waktu tu dah call mak mintak dtg tapi mak cuma boleh datang hari esok paginya. takpelah..takkan nak suruh mak dtg sendiri mlm2 kan. Tggu satu mlm takder sakit pape pun. Nurse kata kalo esok tak rasa sakit jgk jam 8 pagi masuk air.push baby utk kluar. Then mmg lah kena masuk air tapi aku boleh plak nak mintak epidural konon2 tak nak rasa sakit.dalam jam 10 aku dah selamat melahirkan Khadeja yang comel.

tak sangka Zulaykha dah berusia 2 tahun, tapi mulutnya tak boleh diam..bercakap jer. Eja bulan depan baru masuk 1 tahun. Yang ketiga ni..no comment dulu, dah deliver nnti baru cerita.

Rasanya mata dah boleh tahan ni ngantuknya. Mesti kena tidur sebab esok kerja lagi.
Tak sanggup lah nak teruskan blog kali ni. Kalo tak kang ayatnya ntah apa2.

Oklah..aku tidur duululah..selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua.

Thursday, September 10, 2009

MAID OWH MAID !!

Salam semua,

Blog kali ni aku nak cerita pasal aku punya maid. Pening kepala, kdg2 sakit hati, kdg2 mcam hari2 nak marah, kdg2 rasa takder lebih bagus dari ada. Tapi aku ni jenis yang tak suka nak marah-marah, kalo my hubby silap sikit jer mesti dia nak marah. Sebab dia dari kecik kat rumah dah ada maid. Maid zaman dulu mana sama ngan zaman sekarang. Orang dulu merantau mmg nak kerja cari duit bagi makan anak-anak kat kampung. Skrg kalo merantau dari Indonesia pun blom tentu betul2 nak cari duit. Nak kerja yang senang-senang jer. Tapi aku cakap jgn marah dulu sebab pikirkan maid aku ni budak lagi, baru first time keje plak tu. So aku terang kan kat my hubby bagi dia peluang dulu, ajar dia dulu, sebab banyak benda yang dia tak tau. so my hubby cool down tak jadi marah, tapi dia suruh aku tegur. Aku pun kadang-kadang tak tahan jugak, tegur lah mana yang tak betul tapi marah tidak ler..cumanya aku lepas kan perasaan pada hubby. Dia pun terpaksa mendengar aku punya bebelan pasal maid ni. Yang bagusnya pasal maid aku ni menurut, tak membantah. Ikut jer cumanya "lembik" sikit.

Nak dijadikan cerita, pembantu aku dijamin di Sabah under nama aku sebagai majikan, tapi segala urusan perjalanan dari Jawa smpi ke permit kerja mak mertua aku yang uruskan. Jadi jauh lebih murah daripada ambil melalui agen, blom lagi kalo kena tipu. Jadinya kalo maid aku ni buat hal aku kenal org tua dia kat kampung..boleh cari. Sebelum dia ikut aku ke KL awal Ogos kelmarin, mak mertua aku letak dia di Kolej Yayasan Sabah kat cafe ngan restoran sana. Cumanya aku tak taulah sgt dia kat sana macam mana. Yang aku tau dia ada BF jer sepanjang kerja kat situ tuh..adoiii..

Lepas majlis kahwin adik ipar aku yang bongsu di KK, aku balik KL bawak sekali dia ni. aku igtkan at least kalo dtg dari kampung taulah basic2 kerja rumah tangga sebab waktu aku sekolah pun aku yang selalu kemas rumah. Tapi..kemas rumah pun tak pandai. Asal jer. Mana yang nmpk. Takper..aku ajar kalo sapu bawah kerusi semua sapu sekali kalo mop lantai celah-celah almari n kerusi pun mop sekali. Dia tak perlu masak n gosok baju. Sebab itu aku buat sendiri. n kalo aku dah balik kerja budak-budak semua aku amik urus sendiri. Dia tinggal bereskan mana-mana kerja yang tak beres. Sepanjang kat KL kdg2 jam 8.30 dah boleh tidor dah. Usually jam 9.00 lah. Korang rasa itu awal ker lewat ek !!

Seterusnya mari aku cerita plak kes bila dah balik Sabah ni..Lain plak jadinya. Buat masa skrg aku duduk bersebelahan ngan rumah mak mertua, satu pagar lah kiranya. Senang..dekat ngan parents mertua. Waktu aku awal2 pindah hari tu kat rumah mak mertua ni ada 4 pembantu termasuk yang aku punya. Tapi semua pembantu ni tido kat rumah yang duduk skrg. Awal pagi 1 orang kemaskan rumah mak mertua. Satu org cuci kain. Satu org kemas rumah yang lagi aku duduk tu lah. Korang dapat bayangkan semua org ada tugas masing2. Jadi daripada aku tak pernah mintak gosok baju, aku suruh lah dia ni gosok baju sambil2 jg anak. Baju kerja jer. Maknanya kalo aku ngan hubby nak pergi kerja baju mesti dah tergantung. Ada satu peristiwa anak aku yang kecik jatuh tangga dari tingkat 2 ke bawah. Boleh bayangkan tak macam mana punya ramai pembantu tapi anak kecik sorang boleh jatuh tangga. Aku memang salahkan aku punya pembantu sebab kalaupun dia nak mandi jgn ler tinggalkan anak aku sorang2 kat atas tu. dah baru merangkak, confirm ler jatuh. Bagilah kat yang lain mintak tolong jg sekejap. Satu kes lagi dua2 anak aku terkunci dalam bilik. Kunci bilik dah la takder..hilang agaknyer. Menangis dua anak kecil berpelukan ketakutan dalam bilik. Aku ngan hubby baru jer balik kerja. Aku punya sayu hati dan sedih dgr anak2 tu menangis menjerit smpi aku menangis kat luar bilik. Hubby dah marah n geram sebab mcm2 cara dah guna nak bukak pintu dia ambil tukul pecahkan pintu bilik tu. That time mmg hubby terus marah..masalahnya cuai.

Masalah dia ni lagi satu suka tangguh2 kerja. Baju kalo dah cuci hari2 tapi lipatnya seminggu lepas tu mmg bertimbun ler. Bila buat satu kali mana tak penat. Aku tegur kalo dah kering, angkat terus lipat terus letak kat bilik, jgn tinggal2. nnti buat satu kali semua penat, dgn nak layan budak lagi. Kalo mlm anak pada aku, jadi dia lipat sebab dia ni tak masak pun. Org lain yg masak. Smpi satu hari hubby aku dah tak tahan tgk baju bertimbun, smpi seluar kerja dia entah kemana-mana,aku cari pun takder. Dia tegur lah aku punya pembantu. Terus dia ni nak tunjuk perasaan agaknya, menangis meraung kat bilik, tak puas kat bilik pergi bilik air siram badan dengan air. Mcm dalam movie kalo org baru lepas kena rogol. Aku ckp pandai plak dia menjawab. Aku ckp kenapa dia penat. Sebab nya dia banyak berkhayal ngan suka tangguh2 kerja. Esoknya aku buat tak tau jer dgn dia tapi mlmnya aku suruh dia mintak maaf ngan hubby sbb baru tegur sikit dah menangis mcm tu.

Aku n hubby tazkirah dia, tak marah pun. Kami ckp tujuan kamu datang sini nak cari rezeki. Tiada kerja yang senang. Duduk restoran lebih penat smpi jam 12. duduk dapur penat jgk bgn jam 2.30 pagi kalo ada catering. Kalo ckp kena marah, pekerja yg lain lebih penat lagi kerja n pernah jugak kena marah. Ikut catering penat jgk balik lewat malam. Pilihlah mana satu. aku paham jaga budak tu penat, tambahan lagi jg 2 anak yang masih kecil. Tapi dia bukan buat semua kerja sorang2. Aku ckp kalo kena tegur jgn cepat ambil hati. dia ni "iya..iya.." . Tapi aku tak taulah seminggu lagi mcm mana. tengok jerlah..

Cumanya aku harap pembantu aku ni belajar apa itu cari duit. Belajar susahnya kerja, bukan nak kerja yang senang. Kalo nak letak tempat lain boleh kat restoran ker, ikut catering ker..tapi masalahnya dia dah dijamin sbg pembantu rumah. Silap2 hb imegresen dtg check, naik lori masuk rumah merah.. lagilah menangis duduk kat dlm sana tu. Aku pun kena banyak bersabar n tak boleh nak harap2 sgt pada pembantu. Sebab dia ni cuma membantu bukan kuli untuk disuruh mcm2.

Nanti saper2 yang ada maid taulah kot. Kalo dapat yang memang dah pandai buat kerja takper. Takpayah nak ajar dah tau apa nak buat. Tapi kalo kena yang budak2 lagi memang kena banyak bersabar n ajar. yang penting pembantu sayang anak aku. Boleh diharap lah kalo jg budak.
Takpelah hari ni aku balik Johor aku tak bawak dia. Kira dia cuti lah. Pegilah jalan2 sana dgn pekerja yang lain. Kesian jgk kan..nak beraya mana ikut lah. sebab ramai kawan kan.