Thursday, July 16, 2009

*PPSMI*

..blurrr...

Semalam hari kedua aku attend kelas.Hari Selasa lepas kelas Macro, semalam plak kelas Math.Yang menjadi masalah aku mggu pertama kelas ni ada penggunaan bahasa pengantar ketika kelas. Masa undergrad kat UKM dulu semua lecturer pakai BM,malah lecture notes pun BM,text book pun BM sbb pakai buku lecturer sendiri yang mereka publish kat universiti. Tiba kat UPM ni of courselah kena pakai english.Lecturer bercakap english, lecture notes pun english,text book of courselah english. Kenapa menjadi masalah pada aku yer..

1) Waktu di UKM dulu kalo belajar Macro,bahasa ekonominya keluk. Di UPM plak dah jadi curve. Kalo subjek Math plak penggunaan seperti 'set of coefficients', 'variables',dan jgk 'constant terms', semuanya perlu diterjemahkan semula ke Bahasa Melayu supaya aku faham apakah ayat2 tersebut masa aku belajar di UKM dulu.

2) Kalo presentation dlm english mungkin takder masalah sgt, tapi kalo dah tiba bab writing mungkin masalah sikitlah kot sbb english aku pun bukannyer bagus sgt..lebih2 lagi bila lepas habis sekolah mmg jarang sgtlah aku mengarang dlm B. Inggeris.

Tapi nasib baiklah semalam punya kelas tu cuma mcm revision ms undergrad dulu. Jadi takderlah aku tercungap2 nak memahamkan apa yg diajar gara2 penggunaan B.Inggeris tu.
Apa yg aku nak kaitkan antara PPSMI dgn cerita aku ni..Sesetengah org mungkin tak setuju PPSMI itu dimansuhkan, ada jgk yg setuju. Tapi aku setuju sbb waktu penggunaan B.I. dalam Sains dan Math, kualiti pelajar jatuh,gred lulus diturunkan lagi semata2 utk mengurangkan jumlah pelajar yg gagal.Siapa yg taknak percaya itu terpulang. B.I tetap menjadi bahasa kedua selepas B.Melayu.

Kalo ada sesiapa yg mengatakan Jepun dan China boleh maju kerana mereka pandai berbahasa Inggeris itu adalah salah. Sebab berapa peratus rakyat Jepun yg fasih berbahasa Inggeris, malah pelajar2 Jepun yg datang ke rumah aku di Kota Tinggi utk homestay bukannya pandai cakap B.I pun. Nak ckp 'What is your name" pun tgk kertas..Mereka maju sbb mereka buat 'reverse technology'. Cth..mereka beli engine dari US, mereka buka balik engine tersebut dari A-Z, pastu pasang balik.Kalo tgk kereta recon dari Jepun ada ker dorang tulis intruction2 dlm B.I..TIADA.
Semua bahasa Jepun.

My opinion bgs jgk TPM mansuhkan PPSMI. Kembali kepada sistem pelajaran yg asal. Import guru B.I dari luar utk ajar anak2 kita B.I. supaya mereka tak ketinggalan dlm mempelajari B.I. tetapi masih mengekalkan bahasa kita.

Tegak Rumah Kerana Tiang, Tegak Bangsa Kerana BAHASA...

2 comments:

  1. hurmm..tapi kadang2 menarik jugak belajar bahasa org lain..nak kenal peradaban,kenal dulu bahasanya

    ReplyDelete