Thursday, July 30, 2009

rasanya dah lama sgt aku tak update blog ni..first tak tau apa nak update, second mcm yg aku pernah cakap dulu waktu zaman sekolah adalah beli buku diari tapi kosong takder isi pape pun..

25 Julai 2009 (Sabtu) - Hari ulangtahun aku yg ke-26. Aku buat sedikit jamuan kesyukuran utk rakan sepejabat dgn menjamu minum petang. Bos pun malu asyik staf jer yg belanja, takper 5hb 8 ni bos punye besday semua staf dah request kek secret recipe satu. Hubby tak janji dapat dtg sbb dia ada appoinment kat Bangsar. Bangsar ke Bangi pun jauh gak..tak campur jam lagikkss.Tgh makan2 tu muncul seorang yg sgt2 kukenali luar dan dalam membawa sebiji kek. Secret recipe tak dapatlah sbb blom gaji..hehe. Hubby ku . And actually sekali dgn meraikan anniversary yg ke-3, sekejap jer dah 3 tahun kami kahwin. Kupanjatkan kesyukuran kepada-Mu yg Allah kerana dikurniakan suami yg begitu baik dan 2 anak2 yang comel dan cerdik. Masyaallah.

Satu minggu sebelum ulangtahun aku tu, satu peristiwa telah berlaku dlm kehidupan aku suami dan isteri. Baru aku sedar kesilapan yg telah aku lakukan. Aku kurang beri perhatian pada suami aku selepas melahirkan anak kedua. Aku jadi cepat marah, hubby pun cepat marah jgk tapi masing2 nak menang. Selama ni aku sedar jgk tapi tak nak mengakui. Peristiwa tu benar2 menyakitkan hati aku sebenarnya tapi ada reason knp hubby buat mcm tu. Tapi banyak hikmah yg berlaku selepas peristiwa tu. Aku muhasabah diri sendiri, lebih penyabar dan kehidupan kami kembali seperti awal2 kahwin. Erhmm..sungguh bahagia rasanya aku skrg. Terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku sebelum terlewat. Kepada isteri2 di luar sana, jglah suami dgn sebaiknya, bergaduh suami isteri adalah asam garam tapi jgn keterlaluan.

Skang my life is better than before, 3hb ni hubby kena balik KK keje kat UMS. Aku plak kena bg notis dulu satu bulan br boleh follow. Master program kat UPM kena mintak transfer ke UMS. Hopefully semuanya berjalan dgn lancar. Bos aku pulak mesti sedih n pening sbb KENA CARI ORG BARU LAGIKSS..sian boss aku yg baik hati tu..

oklah..nak sambung kerja..assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment