ASSALAMUALAIKUM..
Insyaallah kalo tidak ada aral aku akan fly ke JB pada 19hb pagi..makanya smpi di airport Senai dalam pukul 12.30. Maid aku tinggal sbb nnti kalo ikut pun bukannya ada kerja..bagus dia tolong parents mertua aku waktu open house nnti.
Waktu bulan puasa ni aku kurang meluangkan masa untuk 2 org puteri aku yg comel-comel tu. Awal pagi aku dah jalan ke ofis, kadang2 anak-anak dah bangun, kadang2 blom.Kalo dah bangun sempat jgk aku mandikan derang pastu bg makan breakfast. Kat KL baby mandi pukul 7.30 terlalu awal, air pun masih sejuk, tapi kat KK pukul 7 pagi kat sini sama dgn pukul 8 pagi kat KL. Tambahan lagi cuacanya yg agak panas berbanding KL . Mandi mereka tu dgn air suam, siap mandi bg makan kakak sbb zulaykha mmg senanglah sgt nak makan. Bagi lah apa saja, dia makan tak memilih. Ada sekali tu neneknya buatkan sarapan ada petai lah kat tepi meja bkn utk budak2 tapi dia makan jgk. Alahai..lucunya. Mcm tu jgk dengan si adik, Khadeja..senanglah maid aku tu jaga sbb tak banyak kerenah..asal kenyang dia main sendiri. Hubby awal2 dah jalan pegi kerja jam 6.50 sbb jam. Bulan puasa ni pulak biasanya petang lepas dari ofis aku tggu hubby jemput then terus ke restoran takut2 tak cukup pelayan. Bila dah 2 mggu berpuasa ni, restoran selalunya penuh sbb org dah sibuk berbelanja baju raya dan kasut raya. Nnti bila dah agak lengang barulah aku pulak yg makan, jam 7.30 waktu nak masuk Isyaak baru lah bersiap pulang rumah tgk anak2.
Aku sgt terharu melihat dua orang adik-beradik ni. Sangat menyayangi terutama zulaykha. 16 September baru masuk 2 tahun tapi dah nmpk matang, pandai sayang adik, kalo mandi mesti nak dgn eja. Eja masih blom paham lagi, tapi pandai ketawa bila kakak main dengan dia. Mungkin sbb dia dapat adik cepat, jadi dia cepat matang..tak terlalu manja.
Aku mengandung rapat, waktu Zulaykha baru umur 5 bulan aku dah mengandung anak no 2. Waktu kandungan 1 mggu aku dah tau aku mengandung, aku jumpa doktor kalo boleh tak nak dulu baby tu. Doktor scan blom nmpk pape lagi, jadi doktor bagi ubat turun darah. 2 weeks after masih tak berhasil, jumpa doktor sekali lagi,scan lagi dah nmpk, doktor tak bagi lagi makan ubat, teruskan jelah dia cakap. Balik rumah aku menangis sbb masih tak bersedia dari segi fizikal dan mental untuk punya anak lagi satu. Waktu tu aku salahkan hubby sehabis2nya. Lama jugak aku melayan emosi marah aku tu, kdg2 dgn hubby baik,kdg2 bila marah aku ungkit semua jadi punca. Lepas 5 bulan mengandung barulah emosi aku agak stabil, seakan baru boleh terima yang aku mengandung. Selepas kandungan 5 bulan jugaklah baru aku bgtau semua family aku n suami yg aku mengandung. Bila difikirkan semula, aku rasa sgt bersalah sbb marah dgn rezeki yg Allah dah beri. Ada org nak anak tapi tak dapat2, tapi aku alhamdullilah tiada masalah utk mengandung, malah masa mengandung no 1 n no 2, takder alahan or morning sickness langsung, semuanya sihat, takder mengidam apa2 pun.
Lepas deliver Khadeja, aku rasa tak lah susah jg anak 2 org rapat2, selang setahun..malah lebih senang.Kata org penat satu kali. Aku pun sama macam org lain, merancang jugak jarakkan kehamilan. Tapi perancangan Allah itu lebih baik, sekarang dua2 nya sihat walafiat. Kalo zulaykha dah 2 tahun setengah aku hntr jer ke sekolah yg sesuai dgn umurnya.
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment