Wednesday, September 30, 2009

hati yang panas or emosi or sensitif ??

Malam tadi aku tidur lewat jam 3.00 pagi baru tidur, melayankan perasaan yang tak tau nak cakap marah ker atau sensifif sgt ker atau layan emosi yang tak betul. Aku balik kerja hari2 biasa tggu hubby ambil di ofis, biasanya dia sampai ofis dalam jam 6.30, kat KK dah maghrib dah tu. sebab dia habis kerja pun dah jam 5, campur jam yang teruk lagi. Sebelum balik dah ckp dgn hubby nak masak kat rumah n makan sama2. Memang selalunya kami makan bersama tapi di restoran. Lagipun sejak balik dari Johor aku blom lagi memasak sendiri di rumah sbb di Johor sepanjang hari raya aku mmg tak masak, setakat tolong2 jer, yang masak kakak ipar dgn mak. Suddenly bila dia dah nak smpi ofis dia cakap nak main futsal plak jam 7. Nevermind kalo futsal jam 7-8 aku assume dia smpi rumah dalam jam 9 plus dia minum ngan kawan2 lepas berfutsal.
Then aku pun masak ayam balado masakan orang Indonesia yang memang sedap rasanya kalo mak mertua aku yang masak. aku punya tangan tak original jadi rasanya ada lain2 sikit. Siap memasak pegi bilik tgk anak2. Kebetulan kakak ipar yang duduk satu rumah baru balik dari cuti berhari raya di Ipoh bersama anak2nya.
Maklumlah kalo dah ada ramai sepupu sepapat, mulalah bermain bersama, bergaduh, yang kadang2 membuatkan aku stress sbbnya anak aku tak boleh kena usik..nnti dia menjerit dan cengeng sikit. Itu yang buat pening. Jam dah 8.30, aku cuci muka Zulaykha dan salin pakaian tidur. Biasanya dia jam 9.30 dah tidur. Khadeja mcm biasa bila nmpk aku terus nak mintak ambil. skrg dah nak berjalan jadi dia suka berpaut pada aku punya kaki. Yang kakak nak berdukung. dah terbalik patutnya adik yang kena dukung. Aku call hubby tanya dah habis ke belum. Dia ckp dah habis, ok tak kisah sbb nak pegi minum lagi. Waktu tu baru pukul 8.30. Aku tggu smpi jam 9.45..call lagi tak dapat sbbnya aku dah lapar. Boleh jer kalo nak makan dulu tapi sbb dah ckp nak makan sama2 kan aku tggu smpi dia balik. Satu masalah aku yang dari dulu rasanya sama, takboleh lapar..kalo tak aku jadi cepat marah. Perut kena ada isi selalu, lagi satu aku bukan sorang..2 orang..bertambah lah lapar..Pregnancy kali ni aku mmg cepat lapar. Call lagi tak berjawab, aku dah hilang selera nak makan, darah pulak yang naik.
Bila hubby smpi rumah dalam jam 10, aku mmg dah tak tegur, skang time nak tidokan anak2 jer. Aku hanya mendiamkan diri tanda tak puas hati. Anak2 dapat tidur smpilah jam 11.00

Dgn perut yang lapar aku mengomel tanda marah pada suami. Bila turun nak makan suddenly lauk yang aku masak dah habis. Kadang2 rasa tidak di appreciate time kita masak time tu jugak dia sibuk nak keluar. Kalo urusan kerja aku tak kisah, tapi ini cuma bermain futsal dgn kawan2. Boleh balik awal, tapi my hubby boleh salahkan aku pulak. Ckp 'siapa suruh tunggu, saya tak suruh awak tnggu, awak yang nak tunggu. Kalo dah nak tunggu saya balik pukul 12 pun jgn lah nak marah.' Kalo aku tau dia balik lmbt aku takkan tggu, bgtau makn jerlah dulu, saya balik lmbt.
Smpi jam 2 pagi aku melayan perasaan marah. Hubby pun bukan nak pujuk, dia plak nak marah balik. Kadang2 aku rasa dia mcm tak boleh nak memahami perasaan org tgh mengandung. Ntahlah..tak boleh nak cakap apa. air mata dah jatuh tapi masih tak ada pelukan memujuk or anything. Rasa sakit hati yang amat sangat bila diperlakukan mcm tu.
Aku yang terlalu mintak perhatian or terlalu sensitif..atau aku memang pemarah..don't know

5 comments:

  1. alahai, sabar je la k sanah ye....
    biasala tu, kita pun slalu je kena mcm tu....
    lama-lama dah lali dah, dah kebal!

    ReplyDelete
  2. SABAR SAN..AKU RASA KO NI BAWAAN BUDAK....HEHEHE KALAU AKU, MAKAN JERRR...HEHEHE....JAHATNYA AKU..

    ReplyDelete
  3. tulah..lain kali aku makan jer dulu..perut tak lapar..hati pun tak panas. huhu

    ReplyDelete
  4. sabar yea zana..lelaki mmg mcm 2.tapi dia sebenarnya syg kat kita 2...sabar ek..

    ReplyDelete
  5. yer betul tu...biasalah tu..pompuan kan benda-benda kecik pun dia sensitif..lagi lah tgh preggy.....sabar ek...,.hang cakap pasal laki hang ni dia tak baca ke blog hang...

    ReplyDelete