Wednesday, September 16, 2009

My Birthday Girl

Salam semua,
Pagi ni ikut my lappy time, jam 2.13 am, baru sahaja tadi menyambut hari lahir yang ke-2 tahun anak ku yang sulung,16 September, hari penubuhan Malaysia . Bersama2 parents mertua, adik ipar, niece n nephew dari Jakarta. Actually sebenarnya my mom-in law nak sambut birthday bpk mertua yg jatuhnya pada 21 September nnti. Tapi disebabkan tarikh tu jatuh hari raya kedua n kebetulan semua anak2 balik beraya rumah mertua so sambut awal sekali dgn anak ku. Simple jer, setakat makan beramai2 di tepi laut bandar KK. takder kek takder apa. Patutnya smbut awal sikit tapi sebab tadi berbuka dulu di Konsulat Indonesia sekali berterawih, itu yang lmbt jam 11 baru selesai.

Waktu Zulaykha lahir dulu baru 5 ramadhan..masih teringat lagi waktu melahirkan dia. Sgt senang dan mudah. Zulaykha lahir di Sabah. Khadeja di KL senang jgk..Kalo Zulaykha dulu, terasa nak melahirkan masa tu aku tolong2 di restoran. Bulan puasa..dlm jam 4.30 masih kurang org.. setakat non-muslim dgn org beli kuih. Contraction dtg dulu, 2 minit sakit, 2 minit sakit. Masa tu anak pertama tak tau mcm mana sakit nak melahirkan tu. Aku pn ckp kat mbak2 kat kedai tu aku rasa sakit. Hubby plak tiada sbb sibuk mencari burung merpati kat Bazar Ramadhan. Aku pegi toilet tgk ada darah sikit. Diaorang ckp kalo mcm tu mmg nak bersalin. Telefn hubby ckp kena pergi hospital skrg jgk. Smpi hospital nurse check dah buka 8 cm. Kebetulan plak hari Ahad. 16 September lah..mmg cuti am utk Sabah dan Sarawak. Isnin pun cuti jgk. TApi doktor tinggal berdekatan tiada masalah lah. Nurse pecahkan air ketuban, then tggu doktor di labour room. Sakit contraction jgn ckplah..tapi 15 minit Zulaykha selamat dilahirkan dgn berat 3.46kg.

Khadeja pun senang jgk, waktu kandungan usia 34 mggu aku fly ker Jogja sebab beraya di sana satu mggu, smpi KL kandungan dah 35 mggu. Seminggu selepas itu aku planning nak beraya rumah makcik n sepupu yg ada di KL. Tapi tak jadi beraya sebab bila call semua takder rumah, jadi aku n hubby bertukar tempat pegi plak ke mid valley. Untuk Zulaykha kami sewa stroller mid valley sbb penat nak dukung2. baru beberapa minit jalan aku rasa mcm kain yang aku pakai berair..rasa mcm org period. Pegi toilet tgk takder darah, takkan aku terkencing kot. Keluar toilet igt dah ok..tapi tak boleh control..aku tak tau kalo air ketuban pecah waktu tu.. masih lagi berjalan2..lama2 keluar makin byk..ckp kat hubby rasa lain mcm, malu nak jalan2 kalo kain basah. Aku ckp lagi kat dia "ntah2 air ketuban dah pecah". Aku mintak hubby pulang balik stroller tu then terus pegi hospital besalin. Waktu brjalan meuju ke kereta..air ketuban turun mmg tak boleh handle.
Smpi sana hujan gerimis, lepas register tggu kat labour room doktor check baru 4 cm, air tetap turun. Waktu tu dah call mak mintak dtg tapi mak cuma boleh datang hari esok paginya. takpelah..takkan nak suruh mak dtg sendiri mlm2 kan. Tggu satu mlm takder sakit pape pun. Nurse kata kalo esok tak rasa sakit jgk jam 8 pagi masuk air.push baby utk kluar. Then mmg lah kena masuk air tapi aku boleh plak nak mintak epidural konon2 tak nak rasa sakit.dalam jam 10 aku dah selamat melahirkan Khadeja yang comel.

tak sangka Zulaykha dah berusia 2 tahun, tapi mulutnya tak boleh diam..bercakap jer. Eja bulan depan baru masuk 1 tahun. Yang ketiga ni..no comment dulu, dah deliver nnti baru cerita.

Rasanya mata dah boleh tahan ni ngantuknya. Mesti kena tidur sebab esok kerja lagi.
Tak sanggup lah nak teruskan blog kali ni. Kalo tak kang ayatnya ntah apa2.

Oklah..aku tidur duululah..selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua.

4 comments:

  1. waaa sgt senang ye k sanah? kite hari oprait, ketuban pecah smpai dah kering still tak rasa sakit =) tgk k sanah mcm tak de apa2 je =)

    ReplyDelete
  2. baguslah tu kalau senag......akumlahir 1st senang tapi tak sakit..coz epidural..lahir kedua sekejap jer..tapi sakit jgn cakap..coz tak sempat epidural...hehe..yg ketiga ni harap-haraplah dipermudahkan..amin..

    ReplyDelete
  3. cha : alhamdulillah akak senang jer dua anak, dari mengandung smpi melahirkan..waktu mengandung tader morning sickness or alahan,waktu menjaga nyer mcm2 cabaran..

    Imah : utk amik epidural aku cukup jer lah sekali,anak no 2..actually waktu tu doktor tak encourage pun tapi assistant dah tanya dulu nak amik ke tak..aku amik jer..then doktor smpi dah kena bius..sbb lepas deliver bdn aku tak boleh tegak n smpi skang kalo buat berdiri lama sikit sakit pinggang..lagipun pegi swasta mahal..

    ReplyDelete
  4. ooo btl la kata org ye, kalo masa lahir sng masa jaganya pnh cabaran, kot tak sebaliknya...

    alahai, yg penting smua nya sht k sanah...

    senang2 jengah la blog kite, hehe!

    ReplyDelete