Thursday, September 10, 2009

MAID OWH MAID !!

Salam semua,

Blog kali ni aku nak cerita pasal aku punya maid. Pening kepala, kdg2 sakit hati, kdg2 mcam hari2 nak marah, kdg2 rasa takder lebih bagus dari ada. Tapi aku ni jenis yang tak suka nak marah-marah, kalo my hubby silap sikit jer mesti dia nak marah. Sebab dia dari kecik kat rumah dah ada maid. Maid zaman dulu mana sama ngan zaman sekarang. Orang dulu merantau mmg nak kerja cari duit bagi makan anak-anak kat kampung. Skrg kalo merantau dari Indonesia pun blom tentu betul2 nak cari duit. Nak kerja yang senang-senang jer. Tapi aku cakap jgn marah dulu sebab pikirkan maid aku ni budak lagi, baru first time keje plak tu. So aku terang kan kat my hubby bagi dia peluang dulu, ajar dia dulu, sebab banyak benda yang dia tak tau. so my hubby cool down tak jadi marah, tapi dia suruh aku tegur. Aku pun kadang-kadang tak tahan jugak, tegur lah mana yang tak betul tapi marah tidak ler..cumanya aku lepas kan perasaan pada hubby. Dia pun terpaksa mendengar aku punya bebelan pasal maid ni. Yang bagusnya pasal maid aku ni menurut, tak membantah. Ikut jer cumanya "lembik" sikit.

Nak dijadikan cerita, pembantu aku dijamin di Sabah under nama aku sebagai majikan, tapi segala urusan perjalanan dari Jawa smpi ke permit kerja mak mertua aku yang uruskan. Jadi jauh lebih murah daripada ambil melalui agen, blom lagi kalo kena tipu. Jadinya kalo maid aku ni buat hal aku kenal org tua dia kat kampung..boleh cari. Sebelum dia ikut aku ke KL awal Ogos kelmarin, mak mertua aku letak dia di Kolej Yayasan Sabah kat cafe ngan restoran sana. Cumanya aku tak taulah sgt dia kat sana macam mana. Yang aku tau dia ada BF jer sepanjang kerja kat situ tuh..adoiii..

Lepas majlis kahwin adik ipar aku yang bongsu di KK, aku balik KL bawak sekali dia ni. aku igtkan at least kalo dtg dari kampung taulah basic2 kerja rumah tangga sebab waktu aku sekolah pun aku yang selalu kemas rumah. Tapi..kemas rumah pun tak pandai. Asal jer. Mana yang nmpk. Takper..aku ajar kalo sapu bawah kerusi semua sapu sekali kalo mop lantai celah-celah almari n kerusi pun mop sekali. Dia tak perlu masak n gosok baju. Sebab itu aku buat sendiri. n kalo aku dah balik kerja budak-budak semua aku amik urus sendiri. Dia tinggal bereskan mana-mana kerja yang tak beres. Sepanjang kat KL kdg2 jam 8.30 dah boleh tidor dah. Usually jam 9.00 lah. Korang rasa itu awal ker lewat ek !!

Seterusnya mari aku cerita plak kes bila dah balik Sabah ni..Lain plak jadinya. Buat masa skrg aku duduk bersebelahan ngan rumah mak mertua, satu pagar lah kiranya. Senang..dekat ngan parents mertua. Waktu aku awal2 pindah hari tu kat rumah mak mertua ni ada 4 pembantu termasuk yang aku punya. Tapi semua pembantu ni tido kat rumah yang duduk skrg. Awal pagi 1 orang kemaskan rumah mak mertua. Satu org cuci kain. Satu org kemas rumah yang lagi aku duduk tu lah. Korang dapat bayangkan semua org ada tugas masing2. Jadi daripada aku tak pernah mintak gosok baju, aku suruh lah dia ni gosok baju sambil2 jg anak. Baju kerja jer. Maknanya kalo aku ngan hubby nak pergi kerja baju mesti dah tergantung. Ada satu peristiwa anak aku yang kecik jatuh tangga dari tingkat 2 ke bawah. Boleh bayangkan tak macam mana punya ramai pembantu tapi anak kecik sorang boleh jatuh tangga. Aku memang salahkan aku punya pembantu sebab kalaupun dia nak mandi jgn ler tinggalkan anak aku sorang2 kat atas tu. dah baru merangkak, confirm ler jatuh. Bagilah kat yang lain mintak tolong jg sekejap. Satu kes lagi dua2 anak aku terkunci dalam bilik. Kunci bilik dah la takder..hilang agaknyer. Menangis dua anak kecil berpelukan ketakutan dalam bilik. Aku ngan hubby baru jer balik kerja. Aku punya sayu hati dan sedih dgr anak2 tu menangis menjerit smpi aku menangis kat luar bilik. Hubby dah marah n geram sebab mcm2 cara dah guna nak bukak pintu dia ambil tukul pecahkan pintu bilik tu. That time mmg hubby terus marah..masalahnya cuai.

Masalah dia ni lagi satu suka tangguh2 kerja. Baju kalo dah cuci hari2 tapi lipatnya seminggu lepas tu mmg bertimbun ler. Bila buat satu kali mana tak penat. Aku tegur kalo dah kering, angkat terus lipat terus letak kat bilik, jgn tinggal2. nnti buat satu kali semua penat, dgn nak layan budak lagi. Kalo mlm anak pada aku, jadi dia lipat sebab dia ni tak masak pun. Org lain yg masak. Smpi satu hari hubby aku dah tak tahan tgk baju bertimbun, smpi seluar kerja dia entah kemana-mana,aku cari pun takder. Dia tegur lah aku punya pembantu. Terus dia ni nak tunjuk perasaan agaknya, menangis meraung kat bilik, tak puas kat bilik pergi bilik air siram badan dengan air. Mcm dalam movie kalo org baru lepas kena rogol. Aku ckp pandai plak dia menjawab. Aku ckp kenapa dia penat. Sebab nya dia banyak berkhayal ngan suka tangguh2 kerja. Esoknya aku buat tak tau jer dgn dia tapi mlmnya aku suruh dia mintak maaf ngan hubby sbb baru tegur sikit dah menangis mcm tu.

Aku n hubby tazkirah dia, tak marah pun. Kami ckp tujuan kamu datang sini nak cari rezeki. Tiada kerja yang senang. Duduk restoran lebih penat smpi jam 12. duduk dapur penat jgk bgn jam 2.30 pagi kalo ada catering. Kalo ckp kena marah, pekerja yg lain lebih penat lagi kerja n pernah jugak kena marah. Ikut catering penat jgk balik lewat malam. Pilihlah mana satu. aku paham jaga budak tu penat, tambahan lagi jg 2 anak yang masih kecil. Tapi dia bukan buat semua kerja sorang2. Aku ckp kalo kena tegur jgn cepat ambil hati. dia ni "iya..iya.." . Tapi aku tak taulah seminggu lagi mcm mana. tengok jerlah..

Cumanya aku harap pembantu aku ni belajar apa itu cari duit. Belajar susahnya kerja, bukan nak kerja yang senang. Kalo nak letak tempat lain boleh kat restoran ker, ikut catering ker..tapi masalahnya dia dah dijamin sbg pembantu rumah. Silap2 hb imegresen dtg check, naik lori masuk rumah merah.. lagilah menangis duduk kat dlm sana tu. Aku pun kena banyak bersabar n tak boleh nak harap2 sgt pada pembantu. Sebab dia ni cuma membantu bukan kuli untuk disuruh mcm2.

Nanti saper2 yang ada maid taulah kot. Kalo dapat yang memang dah pandai buat kerja takper. Takpayah nak ajar dah tau apa nak buat. Tapi kalo kena yang budak2 lagi memang kena banyak bersabar n ajar. yang penting pembantu sayang anak aku. Boleh diharap lah kalo jg budak.
Takpelah hari ni aku balik Johor aku tak bawak dia. Kira dia cuti lah. Pegilah jalan2 sana dgn pekerja yang lain. Kesian jgk kan..nak beraya mana ikut lah. sebab ramai kawan kan.

3 comments:

  1. yer setuju....teringat maid aku dulu..pun buat perangai cam ni gak..cuma bezanyer..d tak boleh buat kerja coz rindu sgt kat anak2 dia...setiap hari menangis mcm orang kena dera..padahal menangis ingat anak dia.....


    memang geram kalao ingat2 balik...sampai hubby tak tahan dengan perangai dia, kami berhentikan dia..pulang balik pada ajen..luckyly agen tu saudara sendiri, so dapat lah balik duit kami....

    ejak tu dah tak ambik maid...malas nak piker diorang, tapi sebab anak dah nak masuk 3 nie, terpaksa gak hire maid..tapi alhamdulillah, kalin ni dapat maid malaysia...umur round 40..memang syukur sangat..anak2 pun dah kenal...amin..

    ReplyDelete
  2. mcm mana ko kenal org dari malaysia tu? maid aku ni budak lagi sgt baru 21 tahun. tgh asyik bercinta..tu pasal byk berangan. Kalo ikut hubby aku dia dah menyampah sgt tapi aku tahan dulu..biar maid aku tahan hati sikit..so far nak balik kg tu tak derlah lagilah
    cuma kalo buat kerja tu lembap giler..tu yang biler tegur suruh cepat menangis nak mati..

    ReplyDelete
  3. uuii!! muda lagi, mesti dia ingt nk enjoy je kak sanah =) meh la tkr link ngn kite (kalo sudi la ye)

    ReplyDelete